Tahun Baru Cina merupakan
perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari
Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan
sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan
permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan
segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa
dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada
tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan
nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan
jamuan yee
sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan
masakan tradisi seperti daging itik, daging
salai, sosej,
kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat
golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik,
yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum
kahwin. Perarakan tarian naga atau singa
akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas
hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan
dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara
dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah
Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan
juga di Pekan
Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang
kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina),
termasuk Korea
(Seollal), Tibet
dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar),
Vietnam (Tết), dan Jepun
hingga tahun 1873 (Oshogatsu).
Source by : Wikipedia.com